Tips

Panduan Pengembara Travelers tips




Passport Malaysia

Passport Malaysia adalah sebuah dokumen yang sah yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia untuk tujuan perjalanan ke luar negara. Ia sah untuk tempoh 2 atau 5 tahun. Bayaran yang dikenakan untuk setiap tempoh sah adalah berlainan. Bagi tempoh 2 tahun, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM100.00 dan RM300.00 untuk tempoh sah selama 5 tahun. Selain bayaran, anda juga hendaklah membawa MyKad dan beserta 1 salinan dan 2 keping gambar passport. Bagi pemohon dibawah 18 tahun, anda perlulah hadir bersama ibu bapa atau penjaga. 


Atas beberapa sebab yang di luar jangkaan, anda mungkin perlu usaha lebih untuk mendapatkan passport Malaysia; jika cip mikro pada mykad anda gagal berfungsi, maka anda perlulah menyerahkan surat beranak beserta salinan untuk proses. Jika anda anak kelahiran Sabah atau Sarawak, urusan permohonan passport hanya boleh dilakukan di negeri kelahiran anda sahaja.


Untuk maklumat lanjut For more info: Jabatan Imigresen Malaysia


Malaysia Passport is a valid travel document issued by the Malaysian Government for the purpose of traveling abroad. Valid for 2 years or 5 years from the date of issued. Fees for each validity period are different. For 2 years validity period, the fee is RM100.00 and RM300.00 for 5 years validity period. Besides, you also must carry your MyKad with its copy and 2 passport photographs. For applicants under 18 years old, you must attend with parents or guardians.


For some unexpected reason, you may need more effort to get a passport Malaysia, where the micro chip on your identification card fails, then you must submit a birth certificate along with a copy for  process. If you are born in Sabah or Sarawak, passport applications can only be done in your own state of birth.