Malaysia


Kenali Malaysia Get to know Malaysia

Peta Malaysia Map of Malaysia
Malaysia terletak di Asia Tenggara(2º30' Utara Khatulistiwa 112º30' Timur Greenwich). Jumlah keluasan Malaysia adalah 329.847 kilometer persegi, merupakan negara ke-66 terbesar di dunia dari segi keluasan kawasan.Negara ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Semenanjung Malaysia yang berada di sebelah selatan Thailand, Utara Singapura dan timur Sumatera. Malaysia Timur pula terletak di Pulau Borneo dan bersempadan dengan Brunei dan Indonesia. Iklim Malaysia dikategorikan sebagai iklim khatulistiwa, yang panas dan lembap sepanjang tahun.Purata suhu adalah 27°C (80,6°F). Malaysia mengalami dua musim angin monsun, Monsun Barat Daya dari penghujung Mei hingga September, dan Monsun timur laut dari bulan November hingga Mac.

Kuala Lumpur
Malaysia terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan. Kuala Lumpur merupakan ibu negara, manakala Putrajaya adalah pusat pemerintahan kerajaan persekutuan. Didiami lebih dari 28,250,000 penduduk pada tahun 2010. Malaysia adalah satu-satunya kerajaan di dunia yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan persekutuan. Ketua persekutuan negara adalah Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dipilih setiap lima tahun oleh Raja-raja sembilan negeri (dikenali sebagai Sultan) melalui mesyuarat Majlis Raja-Raja, empat negeri lain yang diketuai oleh Yang Dipertua, menjadi pemerhati dalam pemilihan. Kuasa eksekutif persekutuan dikawal oleh Kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri sementara kerajaan Negeri dipimpin oleh Menteri Besar (Bagi negeri yang beraja) dan Ketua Menteri (Bagi negeri tidak beraja).

Bendera Malaysia Malaysian Flag
Malaysia located in Southeast Asia (2º30´ North of the Equator 112º30´ East of Greenwich)The total land area of Malaysia is 329,847 square kilometers, the 66th largest country in the world in terms of area. There are two distinct parts to this country being Peninsular Malaysia  and East Malaysia. Peninsular Malaysia is located south of Thailand, north of Singapore and east of Sumatra. East Malaysia is located on the island of Borneo and shares borders with Brunei and Indonesia. Malaysia's climate is categorized as equatorial, being hot and humid throughout the year. The average temperature is 27 °C (80.6 °F). Malaysia faces two monsoon winds seasons, the Southwest Monsoon from late May to September, and the Northeast Monsoon from November to March.

Putrajaya
Malaysia consists of thirteen states and three federal territories The capital city is Kuala Lumpur, while Putrajaya is the seat of the federal government. The population as of 2010 stood at over 28.25 million. Malaysia is the only government in the world that practice  federal constitutional elective monarchy. The federal head of state is the Yang di-Pertuan Agong, commonly referred to as the "King". The Yang di-Pertuan Agong is elected to a five-year term by and from amongst the nine hereditary rulers of the Malay states (address as Sultan); the other four states, which have titular Governors, do not participate in the selection. Federal Executive power is vested in the Cabinet, led by the Prime Minister while State governments are led by Chief Ministers.


Masyarakat The peoples


 Penduduk Malaysia terdiri dari banyak kumpulan etnik. Melayu memenuhi 50,4% dari populasi, dengan bumiputra lain (bukan melayu)  11%. 23.7% penduduk adalah keturunan Cina, manakala penduduk berketurunan India terdiri daripada 7.1% dari populasi. Selebihnya adalah pendatang. Penyebaran penduduk di antara dua bahagian negara sangat tidak sekata. Penduduk tertumpu di Semenanjung Malaysia yang didiami 20 juta daripada 28 juta rakyat Malaysia. 70% daripadanya di bandar kerana terlibat dalam industri. Dianggarkan lebih dari 3 juta pekerja asing berada di negara ini. Perlembagaan menjamin kebebasan beragama dan Malaysia menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Sekitar 60.4% daripada penduduk mempraktikkan Islam, Buddha 19.2%, 9.1% Kristian, Hindu 6.3% dan 2.6% amalan Konfusianisme, Taoisme dan agama tradisional Cina. Selebihnya adalah agama lain, termasuk animisme, agama rakyat, dan Sikhisme sementara 0.8%, dilaporkan tidak beragama.

Bahasa rasmi Malaysia dikenali sebagai Bahasa Melayu, bentuk standard dari bahasa orang Melayu. Malaysia Standard English (myse), adalah bahasa Inggeris berasal dari Bahasa Inggeris British, merupakan bahasa kedua yang aktif di kawasan masyarakat Malaysia dan berfungsi sebagai medium pembelajaran untuk matematik dan ilmu pengetahuan di semua sekolah awam. Myse juga digunakan secara meluas dalam perniagaan, bersama-sama dengan Manglish, yang merupakan bentuk sehari-hari Bahasa Inggeris dengan pengaruh dialek Melayu, Cina dan Tamil. Kebanyakannya fasih dalam Bahasa Inggeris, meskipun dalam bentuk Manglish. Kerajaan tidak menggalakkan penggunaan Manglish. Banyak bahasa lain yang digunakan di Malaysia yang mengandungi 137 bahasa pertuturan.

Malaysia adalah masyarakat multi-etnik, multi-budaya dan pelbagai bahasa. Sebahagian besar merupakan pengaruh dari budaya Melayu, Cina dan India. Budaya lain yang sangat mempengaruhi budaya Malaysia adalah Parsi, Arab, dan budaya Inggeris. Ada asimilasi budaya minimal etnik minoriti. Banyak warisan budaya , tradisi dan item yang sama  berkongsi di antara Malaysia dan negara-negara jiranBeberapa pertikaian budaya berlaku. perasaan kuat yang ada di Indonesia tentang melindungi warisan kebangsaan mereka. Kerajaan Malaysia dan pemerintah Indonesia telah melakukan pertemuan untuk meredakan beberapa ketegangan akibat pertindihan dalam budaya. Perasaan tidak sekuat di Malaysia, di mana sebahagian besar mengakui bahawa banyak nilai-nilai budaya dikongsi bersama. Seni tradisional Malaysia tertumpu di sekitar bidang ukiran, tenun, dan pertukangan perak.

Pelbagai budaya mempengaruhi masakan Malaysia, dari dalam negeri dan daerah sekitarnya. Banyak pengaruh berasal dari Melayu, Cina, India, Thailand, Jawa dan budaya Sumatera. Setiap negeri mempunyai pelbagai hidangan yang berlainan. Kadangkala budaya makanan asli telah berasimilasi dengan pelbagai budaya lain, misalnya, restoran Cina di Malaysia seringkali menyediakan hidangan Melayu. Makanan dalam satu budaya kadang-kadang juga dimasak dengan menggunakan gaya yang diambil dari budaya lain, ini bermakna walaupun terdapat banyak budaya makanan Malaysia, mereka mempunyai identiti yang tertentu mereka sendiri. Nasi popular dalam banyak masakan. Cili kebiasaanya ditemui dalam masakan tempatan untuk memberi rasa pedas walaupun ia bukanlah satu bahan yang wajib.

Kepadatan Penduduk Population Density


The population of Malaysia is made up of many ethnic groups. Malays make up 50.4% of the population, with others bumiputra (non-malay) making up another 11%. 23.7% of the population are of Chinese descent, while those of Indian descent comprise 7.1% of the population. The rest are immigrants. The population distribution between the two halves of the country is highly uneven. The population is concentrated on Peninsular Malaysia where 20 million of approximately 28 million Malaysians live. 70% of the population is urban. Due to the rise in labour intensive industries, The country is estimated to have over 3 million migrant workers. The Malaysian constitution guarantees freedom of religion and makes Islam the official religion. Approximately 60.4% of the population practiced Islam; 19.2% Buddhism; 9.1% Christianity; 6.3% Hinduism; and 2.6% practice ConfucianismTaoism and other traditional Chinese religions. The remainder was accounted for by other faiths, including animismfolk religion, and Sikhism while 0.8% either reported having no religion.

The official language of Malaysia is known as Bahasa Melayu, a standardised form of the Malay language. Malaysian Standard English (MySE), is a form of English derived from British English, remains an active second language in many areas of Malaysian society and is compulsory, serving as the medium of instruction for maths and sciences in all public schools. Malaysian English also sees wide use in business, along with Manglish, which is a colloquial form of English with heavy MalayChinese dialect and Tamil influences. Most Malaysians are conversant in English, although some are only fluent in the Manglish form. The government discourages the use of Manglish. Many other languages exist in Malaysia, which contains speakers of 137 living languages.


Malaysia is a multi-ethnic, multicultural and multilingual society. Most influence exists from Malay, Chinese and Indian culture. Other cultures that heavily influenced the culture of Malaysia include Persian, Arabic, and British culture. There has been minimal cultural assimilation of ethnic minorities. Some cultural disputes exist between Malaysia and neighbouring countries. Share a similar cultural heritage, sharing many traditions and items. Strong feelings exist in Indonesia about protecting their national heritage. The Malaysian government and the Indonesian government have met to defuse some of the tensions resulting from the overlaps in culture. Feelings are not as strong in Malaysia, where most recognise that many cultural values are shared. Traditional Malaysian art was mainly centred around the areas of carving, weaving, and silversmithing.

Many cultures have greatly influenced the Malaysian cuisine, from within the country and surrounding regions. Much of the influence comes from Malay, Chinese, Indian, Thai, Javanese and Sumatran culture. The different states have varied dishes. Sometimes food not found in its original culture is assimilated into another, for example Chinese restaurants in Malaysia often serve Malay dishes. Food from one culture is sometimes also cooked using styles taken from another culture, This means that although much of Malaysian food can be traced back to a certain culture, they have their own identity. Rice is popular in many dishes. Chili is commonly found in local cuisine, although this does not necessarily make them spicy.


Trivia Trivia

Negara Country Malaysia
Ibu Negara Capital City Kuala Lumpur
Pusat pentadbiran Central government Putrajaya
Matawang Currency Ringgit Malaysia
Lagu kebangsaan National Anthem Negaraku
Jumlah Penduduk Population +- 28,000,000

Rinngit Malaysia MYR

Sumber Sources: